5 punca anak degil dan nakal by syasyaknow🌹
Perumpamaan selalunya didahului dengan perkataan : Seperti, umpama, laksana, bak, macam dan ibarat.
Penggunaannya patut diteruskan dikalangan generasi muda agar tidak lapuk ditelan zaman .
50 perumpamaan/peribahasa serta maksudnya
1.umpama harapkan pagar ,pagar makan padi🌾🌾🌾🌾🌾🌾
Harapan yang diletakkan pada seseorang namun pada akhirnya orang itu yang merosakkannya.
2.bagai ikan berebutkan tembolok🐟🐬🐋
Berebut berebut mengejar keuntungan yang sedikit
3.seperti kumbang putus tali🐞
Berasa gembira dan senang hati apabila terlepas dari seksaan.
4.seperti bajak wangkang makan berangkat
Orang yang sangat suka dipuji dan disanjung
5.bagai mencincang air tidak akan putus💧💧💧
Sesuatu yang sia sia
6.umpama lebah ,mulut membawa madu,buntut membawa sengat🐝🐝
Orang yang rupawan tapi berperangai hodoh
7.umpama memerah nyiur,santan diambil,hampas dibuang.
Percakapan yang ditapis supaya isinya baik baik sahaja.
8.bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat pekerjaan ala kadar dan asal boleh sahaja
9.umpama duduk diatas duri
Keadaan risau dan serba salah disebabkan suatu perkara
10.umpama durian dengan mentimun ,menggolek binasa,kena golek pun binasa.🍐
Orang yang lemah dan tidak mempunyai kuasa
11.umpama garam jatuh ke air💧
Orang yang menerima nasihat dengan ikhlas
12.seperti si buta kehilangan tongkat🕴🕴🕴
Maksud yang sama dengan sudah jatuh ditimpa tangga.seseorang yang susah tetapi ditimpa lagi kesusahan lain.
13.seperti si buta mendapat tongkat 🙇👴
orang susah mendapat apa yang dihajati.
14.seperti tebu di mulut gajah🐘🐘🐘
Seseorang yang tidak akan melepaskan perkara yang disukai
15.seperti minyak dengan air
Perkara yang mustahil dan tidak akan bersatu.
16.seperti pungguk rindukan bulan.🌝🐦
Orang yang rindu pada sesuatu yang pada hakikatnya bukan miliknya
17.seperti limau masam sebelah.🍋
Sifat berat sebelah atau hukuman yang tidak adil.
18.seperti lintah menghisap darah
Sama maksud dengan cekik darah iaitu mengumpul kekayaan dengan menindas orang lain.
19.seperti lipas kudung
Pergerakan yang terlalu pantas dan cepat.
20.seperti kucing dengan panggang🐱🐈
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
21.seperti kucing diatas tembok🐱🐈
Seseorang yang mempunyai dua kerja sehingga tidak mengetahui mana satu yang perlu dilakukan dahulu
22.seperti katak kena sembur🐸
Seseorang yang terdiam dan tidak mampu berkata apa apa seperti kalah
23.seperti keli dua selubang
Perempuan yang ada dua kekasih .dasar perempuan tak cukup satu
24.seperti kera mendapat bunga.🐒🐵💐🌸
Memberi sesuatu pada orang yang tidak tahu menggunakannya.harap harap kera tu makan bunga tu dan tak buang bersepah.
25.seperti itik mendapat air🐣
Terlalu gembira mendapat sesuatu yang diinginkannya
26.seperti kaduk naik junjung
Seseorang yang apabila diberi sesuatu akan mula menunjuk dan mengada.
27.seperti kambing dimandikan pagi🐐🐐.
Orang yang sangat malas ketika melakukan pekerjaan.
28.seperti gunting dalam lipatan.💇✂
Sama maksud dengan seperti sekam dalam padi/api iaitu orang yang munafik.berpura pura menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan.
29.seperti gunting makan di hujung.
Sindiran yang tajam dan halus
30.seperti harimau beranak muda🐯🐅🐆
Orang yang sangat garang dan bengis...haa macam mak korang la tu.
31.seperti durian menunjukkan pangsanya.
Riak ,ujub ,takabbur.orang yang suka menunjuk
32.seperti emak mandul baru beranak.👩
Terlalu gembira kerana dapat apa yang diinginkan
33.seperti emas tersepuh.🔑
Paras rupa yang sangatlah helok
34.seperti bujang baru berkeris🗡
Sangat sombong dan bongkak
35.seperti beruk berayun.🐒
Orang yang dapat banyak harta pusaka tetapi tidak tahu cara menggunakannya.
36.seperti cacing kepanasan.🐍
Orang yang berasa terancam dengan kedudukannya kerana suatu masalah
37.seperti ayam,kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang.🐥🐔
Seseorang yang sangat miskin.pendapatan hanya cukup cukup.
38.seperti ayam patuk anaknya.🐔🐤
Menghukum dengan tujuan mendidik
Haa mak korang mesti pernah buat kan baik ngaku cepat
39.seperti anjing memakan muntahnya🐕🐩🐶
Rasuah atau orang tamak yang tidak dapat membezakan baik atau buruk
40.seperti anjing menggonggong tulang🐶🐕🐩.
Menjadi tamak setelah mendapat perkara yang disukainya.
41.seperti ayam berak kapur.🐔🐔🐔🐓
Kelihatan lemah longlai dan tidak bersemangat.
42.macam udang kena bakar
Orang berkulit cerah tetapi bertukar kemerahan setelah terkena panas .
43.macam ulat nangka
Orang yang tidak reti duduk diam
44.seperti abu diatas tunggul.
Jawatan yang tidak tetap dan akan berubah nanti.
45.laksana bunga dedap ,sungguh merah berbau tidak.🌼🌸🌷🏵
Orang yang rupawan tapi tidak beradab.
46.laksana kodok ditimpa kemarau.🐸
Keadaan rakyat yang hidup menderita dan kelaparan .innalillah.
47.ibarat pelanduk dua serupa🐏🐑
Dua orang yang berbeza tetapi mempunyai rupa yang sama
48.ibarat rambut dibelah tujuh.💇💆
Benda yang sedikit menjadi semakin sedikit.
49.ibarat diberi betis hendak peha .🏃
Menuntut lebih dari apa yang diberi.
50.ibarat mencurahkan air ke daun keladi.🍃🍀
Nasihat yang diendahkan atau tidak peduli.
Baiklah setakat ini sahaja perkongsian sya mengenai peribahasa dan perumpamaan .nantikan sambungan part 2 dari kak syasya🌹..haihhhh lenguhh dah jari menaip ..diharapkan segala kekurangan dapat dimaafkan dan jika ada penambahbaikan dan topik yang ingin di request bolehlah tulis di ruangan komen supaya kita dapat share ilmu sama sama okeh.hah kalau korang perasan cuba teka dalam 50 peribahasa yang ditulis nombor apa yang tertinggal ..pemenang akan di mention dalam next post.
Sekian salam sayang❤💕 dari syasyaknow🌹.
Ulasan