5 punca anak degil dan nakal by syasyaknow🌹

Ibu bapa daripada kacamata anak serta kesilapan ibubapa dalam mendidik

1.menafikan perasaan anak

Kebanyakkan ibu bapa tidak dapat menerima kelakuan anak mereka apabila mereka melakukan sesuatu di luar kebiasaan .

Contohnya:
"awak tu budak lagi !!! Mana boleh mengarah orang tua" 
"Diamlah!!! Asyik nak menangis aje"

2.ibu bapa yang suka menyalahkan anak

Kadangkala terdapat segelintir ibu bapa yang suka menyalahkan tindakan anak anak untuk menyelamatkan diri mereka..kononnya mereka merasakan bahawa diri mereka lebih sempurna berbanding anak anak.walhal tindakan ini adalah salah dalam mendidik anak anak.sebaliknya ibu bapa perlu memperbetulkan sikap anak dan bukannya menyalahkan mereka sahaja.

Contohnya:
"Kamu suka bercakap begini .kamu memang biadap dan kurang ajar"

3.jenis tidak kisah

Dalam kes ini terdapat pula ibubapa yang tidak memperdulikan persekitaran dan proses membesarkan anak atau (terlalu memanjakan)..ibu bapa yang sebegini layak digelar bersikap lepas tangan dalam mendidik .mereka hanya membiarkan sahaja anak anak mereka membesar dalam persekitaran yang tidak betul.mereka langsung tidak mberi komitmen terhadap anugerah yang telah dikurniakan tuhan.

Contoh:
"Kamu nak menangis ke, nak berlari ke,atau melompat atas sofa pon mama tak kesah..suka hati kamulah"
"Alah bila dah besar nanti pandailah dia berubah"

4.tidak menunaikan janji

Kebanyakkan ibubapa sering menjajikan sesuatu kepada anak anak namun tidak menunaikannya.hal ini boleh memberi kesan yang buruk apabila anak anak mecontohi sikap ibu bapa tersebut.kelak apabila dewasa mereka pula yang akan bersikap tak acuh dalam menjaga ibu bapa.tanpa sedar kita telah membesarkan mereka tanpa nilai yang betul.

Contoh:
"Ibu pergi sekejap je. Adam duduk rumah ya' nanti ibu belikan mainan untuk adam"

5.sering menengking anak

Hal ini sering dilakukan ibu bapa yang ingin jalan mudah supaya anak menuruti kemahuan mereka.sebaliknya ibu bapa sedang mendorong anak anak untuk membesar menjadi seorang yang keras kepala dan suka melawan cakap apabila dewasa.oleh itu didiklah anak dengan adab supaya mereka membesar menjadi seorang yang beradab.

Contoh:
"Duduk diam sana!! Kalau tak ayah pukul kamu"

Sudut refleksi

Wahai ibu bapa .mungkin telah tiba masanya untuk kita muhasabah diri dan berbalik semula kepada tujuan asal kita mendirikan rumah tangga.didiklah anak anak dengan cara yang betul.kerana sikap anak anak merupakan simbol kejayaan ibu bapa dalam mendidik.kadangkala kita perlu membuang secebis ego dalam diri .pokok pangkalnya, sebelum mendidik anak ,kita perlu mendidik diri kita dahulu.kerana anak akan mencontohi sikap ibu bapa.jika anak kita masih berdegil.cuba renungkanlah kembali diri kita dan lihat ke cermin.tanyalah kepada diri "apa salah aku ?" mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang..cuba melakukan setiap perkara dengan tenang dan sabar.kerana kesabaran kita dapat memberi impak yang besar dalam proses pembelajaran anak anak.

Jika perlu .berfikir sebelum bertindak.bayangkan diri kita berada di tempat anak anak.janganlah memarahi mereka di khalayak umum.kerana mereka juga mempunyai perasaan selayaknya seperti orang dewasa.bayangkan setiap yang kita lakukan akan dibalas.sekiranya kita mendidik mereka dengan kebencian bagaimana pula mereka akan menjaga kita apabila tua nanti? Adakah dengan cara baik ? atau hanya hantar ke rumah orang tua sahaja? Tanya diri dan renung renungkan.

Sekian ,salam sayang dari syasyaknow🌹.blogspot.com
Segala pertanyaan dan cadangan boleh dibuat di ruangan komen.syasya akan membalas dengan secepat mungkin.jangan lupa share pada rakan ibubapa ya!!!😜😛😝dan follow akaun instagram www.instagram.com/syasyaknow/ untuk update isu semasa terkini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

syasyaknow🌹: 🌿review minyak zaitun safi dan kelebihan/manfaatnya🌿