5 punca anak degil dan nakal by syasyaknow🌹

Imej
Ibu bapa daripada kacamata anak serta kesilapan ibubapa dalam mendidik 1.menafikan perasaan anak Kebanyakkan ibu bapa tidak dapat menerima kelakuan anak mereka apabila mereka melakukan sesuatu di luar kebiasaan . Contohnya: "awak tu budak lagi !!! Mana boleh mengarah orang tua"  "Diamlah!!! Asyik nak menangis aje" 2.ibu bapa yang suka menyalahkan anak Kadangkala terdapat segelintir ibu bapa yang suka menyalahkan tindakan anak anak untuk menyelamatkan diri mereka..kononnya mereka merasakan bahawa diri mereka lebih sempurna berbanding anak anak.walhal tindakan ini adalah salah dalam mendidik anak anak.sebaliknya ibu bapa perlu memperbetulkan sikap anak dan bukannya menyalahkan mereka sahaja. Contohnya: "Kamu suka bercakap begini .kamu memang biadap dan kurang ajar" 3.jenis tidak kisah Dalam kes ini terdapat pula ibubapa yang tidak memperdulikan persekitaran dan proses memb...

10 sebab untuk memilih sains sukan ⚽ by syasyaknow🌹


Jika sebut sahaja mengenai subjek sains sukan⚽ sudah pasti adik adik akan terbayang tentang bermain sukan semata mata bukan? Mesti  pelajar perempuan pula akan rasa risau takut takut terbakor kulit 👩akibat bersukan di padang bukan?maklumlah memasuki abad ke 21 ni semua orang mementingkan "beauty standard" lah katakan.risau terpaksa korbankan kulit yang cantik untuk dapatkan subjek yang limited yang satu ni.selebihnya mesti risau kalau subjek ni terlalu susah sampai terpaksa drop pertengahan tahun nanti akibat dimarahi ibu bapa kerana tidak dapat mencapai target mereka kan? Kalau korang ada banyak persoalan yang bermain di minda korang macam persoalan kat atas ni👆👆👆maksudnya korang berada di tempat yang betul dan korang kena habiskan baca entri ni kalau korang betul betul nak amik subjek ni .sebab dalam entri kali ni syasya🌹 sendiri akan buat kelainan dengan mengupas isu hangat di sebalik subjek sains sukan .sya akan sebolehnya menyangkal dakwaan korang semua tentang subjek sains sukan.


1.MAJORITI AMBIL SAINS SUKAN

Antara sebab untuk mengambil subjek sains sukan ialah kerana majoriti pelajar mengambil sains sukan.maksud sya disini bukanlah untuk menggalakkan korang ambil sesuatu kos  mengikut pengaruh orang lain atau rakan, tetapi berfikir tentang asbab di sebaliknya.cuba korang fikir sejenak kenapa ramai pelajar nak ambil subjek tu kalau subjek tu susah? Maksud disini ialah majoriti pelajar mengambil sains sukan kerana subjeknya mudah difahami dan berkait rapat dengan kehidupan .bagi sya sendiri subjek ni memang ramai yang ambil iaitu 3 daripada 7 kelas di sekolah sya. Tak semua sekolah mempunyai subjek elektif sains sukan jadi sya sarankan sesiapa yang sekolahnya ada subjek sains sukan boleh grab cepat cepat sebelum kelas tu penuh.



2.TAK PERLU KEMAHIRAN SUKAN DAN TAK SEMESTINYA ATLET.

Yup, betul tu untuk mengambil subjek sains sukan tak semestinya khusus kepada atlet semata mata malahan seseorang yang menjadi atlet dan mengambil sains sukan juga tidak menjamin atlet tersebut untuk skor cemerlang dalam subjek sains sukan .seorang atlet mungkin mempunyai pengalaman dalam bidang sukan tetapi tidak semestinya mempunyai pengetahuan yang betul dalam sukan.apa yang ingin sya tekankan disini ialah sangat ramai pelajar yang bukan atlet di sekolah mahupun daerah tetapi mampu membuktikan bahawa mereka boleh mendapat gred yang lebih tinggi daripada seorang atlet .nilainya bukan seorang dua malah berpuluh puluh yang cemerlang tanpa "title" atlet🏃. jadi tak perlu risau dan terlalu banyak berfikir untuk memilih subjek ini kerana subjek ini tidak akan membezakan darjat antara seorang atlet dan murid biasa.semuanya sama sahaja ,selagi masih berada di dalam kelas yang sama dan menuntut dengan guru yang sama maka semua orang berhak untuk merasai nikmat kecemerlangan dalam subjek ni.

3.MENGANDUNGI 7 BIDANG SAHAJA.

Yasssss, ni part yang sya paling suka. Apabila digabungkan bidang yang terdapat dalam buku sains sukan tingkatan 4 dan 5 jumlahnya hanya 7 bidang sahaja . dahla senang bidang pon sikit je hmm memang dalam tangan lah subjek ni.  Dalam buku tingkatan 4📖 terdapat 3 bidang manakala 4 selebihnya akan dipelajari di tingkatan 5.untuk lebih teliti lagi setiap bidang akan dibahagi kepada beberapa unit supaya korang mudah faham dengan apa yang dipelajari.jika nak dibandingkan dengan subjek matematik ,lebih baik fokus sains sukan .sebab subjek matematik merangkumi 21 bab tingkatan 4&5....mak oiii mana nak skor ni..


4.MEMPUNYAI KERJA KURSUS

Bukan sahaja mengandungi bidang yang sedikit ,malahan mempunyai kerja kursus juga merupakan salah satu sebab mengapa subjek ini mudah untuk skor.kalau tak silap , markah kerja kursus ialah 30% manakala selebihnya 70% markah diperoleh daripada peperiksaan.oleh itu ,setiap pelajar kebiasaannya akan berusaha untuk melengkapkan kerja kursus dengan usaha yang menyeluruh bagi mendapat markah yang tinggi.nanti mudahlah nak skor di bahagian peperiksaan.Bagi pelajar yang target lulus pun sangat mudah kerana kerja kursus merupakan praktikal atau amali dari apa yang telah dipelajari💪.tambahan pula setiap kerja kursus akan diberi bimbingan dan penerangan jelas daripada guru guru👩.selain itu , kerja kursus juga kebanyakannya dijalankan secara berkumpulan👫👫 ,oleh itu bolehlah berinteraksi dan berkongsi pendapat sesama ahli.setiap ahli akan memainkan peranan penting dalam kerja kursus . meskipun dijalankan secara berkumpulan ,namun markah tetap akan dikira secara individu.jadi tak perlu risau kalau dapat ahli kumpulan yang kurang membantu.


5.AKTIVITI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

 Tidak sama seperti subjek yang lain ,subjek ini  mempunyai pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Jadi pelajar tidak akan bosan apabila seharian menghadap buku📕.subjek ini juga boleh dikatakan mirip dengan subjek pendidikan jasmani dan kesihatan⚽. Kebiasaannya , guru akan membawa pelajar menjalankan aktiviti praktikal di padang⛳ setelah menghabiskan suatu topik untuk menunjukkan gambaran sebenar apa yang dipelajari .contohnya semasa sya di sekolah dulu ,ketika sekolah sya menjadi tuan rumah suatu pertandingan ,pelajar sains sukan akan dipanggil untuk membantu guru mengelolakan pengurusan sukan .setiap pelajar akan dibahagikan kepada skop tugas yang berbeza.maka mudahlah pelajar nak mengingati apa yang dipelajari berdasarkan pengalaman yang diperoleh .dan seterusnya mudah nak menjawab di dalam peperiksaan nanti.😜


6.DAPAT MENGURANGKAN STRES

 subjek sains sukan ternyata dapat mengurangkan stres 🙇belajar setelah seharian memerah otak untuk mempelajari subjek sains tulen seperti kimia,fizik,biologi dan matematik tambahan ....aish gerun betul bunyi 4 bersaudara ni ya sampai berpinar biji mata belajar.tidak dinafikan semasa di dalam kelas dulu ,subjek sains sukan merupakan antara subjek yang semua pelajar nanti nantikan .rasa tak sabar nak tutup buku addmath sebab nak belajar sains sukan. Tambahan pula di dalam sains sukan terdapat bidang yang mengajar cara pengurusan stres dan kebimbangan iaitu di bidang 6&7 tingkatan 5. Dalam bidang 6 murid akan mempelajari teknik pernafasan yang betul.awas! bukan CPR ya. Kemudian terdapat teknik imageri dan relaksasi otot.maka bolehlah belajar bernafas berjemaah tapi jangan sampai kelas tu berbau nafas sudah.



7.SETIAP BAB DALAM BUKU MERUPAKAN ASAS SUBJEK SAINS.

Bagi pelajar yang ada mengambil subjek sains tak kiralah subjek sains biasa atau sains tulen📝.ketahuilah bahawa isi kandungan sains sukan hanyalah 1/5 atau hanya asas kepada subjek sains .jika ditanya kepada pelajar pelajar senior yang mengambil sains biasa ,pasti mereka akan mengatakan bahawa subjek ini sangat mudah .apatah lagi bagi yang mengambil sains tulen (fiz,kim,bio,admet) celah gigi je.buktinya semasa di sekolah sya dulu kesemua pelajar yang mengambil subjek sains sukan berjaya skor A dalam ujian  termasuk ujian percubaan spm. Bukan satu tapi semua tau. Sya juga nak bagitau satu rahsia iaitu kebanyakkan soalan sains sukan ni berulang tau.maka bolehlah beli buku soalan peperiksaan tahun tahun lepas sebelum habis di pasaran..semasa sya menduduki ujian spm sendiri ,sya akui ramai pelajar berpuas hati sebab apa yang dah dipelajari semuanya masuk exam.berbanding subjek lain yang perlukan ramalan berbeza setiap tahun tetapi akhirnya tak keluar pun tajuk yang study tu.😵😵



8.PELUANG KERJAYA YANG LUAS

Setiap pelajar yang mengambil subjek sains sukan terdedah kepada peluang kerjaya yang luas🕵.kerana seperti yang sudah dikatakan tadi, subjek ini merupakan asas kepada sains maka sesiapa yang mengambil bidang ini mempunyai peluang yang cerah untuk bekerja di bidang psikologi,fisiologi,terapi,sosiologi,pengurusan sukan,biomekanik,dietatik dan anatomi. Antara contoh pekerjaan di dalam bidang tersebut ialah pakar pemakanan, psikologist,
therapist,psikiatrik, jurulatih sukan, pegawai sukan,atlet,guru sukan, fisiologist, usahawan industri sukan,pengulas sukan,wartawan sukan,pakar rehabilitasi,pereka cipta alatan sukan,ahli perniagaan barang sukan,pegawai perubatan sukan,pakar sikologi,pegawai perubatan dan banyak lagi.



9.MENCUNGKIL BAKAT ATLET


Baiklah siapa disini yang pernah menjadi atlet🏃🏃 namun tidak berjaya sampai ke peringkat yang lebih tinggi .tak kiralah peringkat sekolah ,daerah,negeri atau kebangsaan.ataupun ada yang belum pernah menjadi atlet.subjek ni memang sangat sesuai untuk korang .kerana bagi yang belum pernah menjadi atlet korang patut berbangga kerana dapat "upgrade" ilmu korang setanding dengan atlet serta dapat membantu korang untuk kekal cergas berbanding orang lain.walaubagaimanapun ,bagi atlet yang pernah merasa kegagalan janganlah merasa putus asa atau merendah diri sebaliknya menjadikan ilmu yang telah dipelajari sebagai batu loncatan korang.buktinya ,sebelum sya mengambil subjek ni sya merupakan seorang murid biasa yang kerjanya duduk di tepi padang dan cabut rumput sambil menyaksikan acara sukan yang berlangsung ,jawatan paling tinggi sya ketika itu pon hanyalah menjadi "dulang girl" kepada para atlet dan guru. Namun segalanya berubah setelah mengambil subjek ni sya sendiri boleh dikatakan sebagai atlet berjaya kerana berjaya mengharumkan nama sekolah dan daerah ke peringkat negeri ..ni cite betul bukan tipu tipu tau🗣.kisah bermula apabila semua orang termasuk cikgu hairan bagaimana sya yang dari kecil memang langsung tak bersukan ni boleh dapat first place 1⃣  individu di peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri .di peringkat negeri pula sya berjaya menempatkan diri di top 25 under 18. Satu pencapaian yang membanggakan bagi sya yang baru nak start bersukan pada 2 tahun terakhir sekolah😭😭😭😭😭😭😭.bayangkan kalau sya masih ada masa nak perbaiki prestasi.mesti boleh pergi lebih jauh
🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃.



10.BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Di dalam sains sukan jugak korang akan belajar banyak benda yang boleh korang gunakan dalam kehidupan seharian walaupun korang dah taknak sambung bidang tu lagi .tapi kebanyakan pelajar memang menyambung pengajian dalam bidang yang berkaitan sains sukan kerana subjek ni meliputi banyak perkara. Contohnya di bidang 5 tingkatan 5 korang akan mempelajari strategi pemakanan dan keperluan tenaga. Dalam bab ni korang akan belajar cara nak kira kalori dan penggunaan tenaga🍞🍝🍏. Sangat sesuai untuk seseorang yang tengah struggle nak seimbangkan berat badan. Hasilnya telah terbukti pada sya sendiri setelah diamalkan dalam diet harian.seperti yang sya nyatakan sebelumnya sya merupakan seorang atlet pada 2 tahun terakhir sekolah. Ketika itu berat sya turun mendadak sehingga 42kg.maklumlah bersukan pagi petang....bila sya stop je bersukan maka berat sya mulalah mendadak sehingga 52kg .ramai yang kata "alah 52 je pon ,kurus lagi tu" tapi tak bagi sya sebab sya ni pendek .tinggi pon tak cecah 150 hmm nampak montel gitu....tambahan pula time pkp duduk rumah dan makan sahaja memang bertambahlah berat sya..baju yang dulu muat sekarang terpaksa simpan dalam guni je.masa tu sya cuba aplikasikan apa yang dipelajari dan setelah beberapa bulan sya berjaya turun 8 kg dan kini berada pada berat ideal iaitu 44kg.sesuaila untuk sya yg pendek ni.ni hasil selepas sya stop bersukan dan HANYA jaga makan tau.tapi kena konsisten.kalau yang jenis bersukan tu tak kisah boleh makan apa sahaja.

Sekian sahaja perkongsian daripada /syasyaknow🌹.blogspot.com
 Segala persoalan atau cadangan boleh dibuat di ruangan komen di bawah👇👇👇.atau kalau ada yang tak jelas dan nak bertanya soalan mengenai subjek sains sukan pon boleh terus dm sya di akaun instagram sya iaitu http://www.instagram.com/syasyaknow/



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

syasyaknow🌹: 🌿review minyak zaitun safi dan kelebihan/manfaatnya🌿