5 punca anak degil dan nakal by syasyaknow🌹

Imej
Ibu bapa daripada kacamata anak serta kesilapan ibubapa dalam mendidik 1.menafikan perasaan anak Kebanyakkan ibu bapa tidak dapat menerima kelakuan anak mereka apabila mereka melakukan sesuatu di luar kebiasaan . Contohnya: "awak tu budak lagi !!! Mana boleh mengarah orang tua"  "Diamlah!!! Asyik nak menangis aje" 2.ibu bapa yang suka menyalahkan anak Kadangkala terdapat segelintir ibu bapa yang suka menyalahkan tindakan anak anak untuk menyelamatkan diri mereka..kononnya mereka merasakan bahawa diri mereka lebih sempurna berbanding anak anak.walhal tindakan ini adalah salah dalam mendidik anak anak.sebaliknya ibu bapa perlu memperbetulkan sikap anak dan bukannya menyalahkan mereka sahaja. Contohnya: "Kamu suka bercakap begini .kamu memang biadap dan kurang ajar" 3.jenis tidak kisah Dalam kes ini terdapat pula ibubapa yang tidak memperdulikan persekitaran dan proses memb...

mayat murtad rentung by syasyaknow🌹

By Syasyasyeram👻 segmen
Kisah seram ni adalah berdasarkan kisah benar yang telah diolah semula bagi menutup aib si mati.

"Ayah, malam tadi adik mimpi kak ucu terbakar kat dalam kubur tu" kata adam kepada ayahnya badrol."kan ayah dah pesan sebelum tidur jangan lupa baca ayat kursi dan al fatihah"kata badrol."adik dah baca ayah ,bukannya adik tak baca"kata adam.badrol dan keluarganya terkenal dengan nama gelaran keluarga alim di kampung tersebut.mana taknya ,badrol merupakan imam masjid di kampung tersebut manakala isterinya solehah merupakan seorang ustazah .mereka dikurniakan seorang anak bernama adam.adam baru sahaja berusia 8 tahun.jarang sekali budak yang baru setahun jagung nak menipu .adam dah tiga hari berturut turut mendapat mimpi kak ucu terbakar di dalam kubur.tapi kata katanya tetap tak diendahkan badrol dan solehah..kata mereka mimpi tu mainan syaitan.

Seminggu selepas kematian suzila, badrol pula yang didatangi mimpi seperti anaknya adam.di dalam mimpi tersebut suzi seakan akan berteriak menghulur tangan kepada abangnya badrol supaya menariknya keluar dari kubur.tetapi dek kerana bahang api yang merah menyala dan marak menyebabkan badrol tidak dapat membantu.sudah dua hari dia mendapat mimpi begitu. Badrol yang mula berasa aneh dengan mimpi yang seakan petunjuk itu pergi berjumpa dengan amirul iaitu adik bongsunya yang paling rapat dengan suzila untuk bertanyakan hal tersebut.

Kematian suzi ditangisi semua ahli keluarga kerana dia satu satunya anak perempuan daripada 7 beradik tersebut .badrol merupakan anak sulung dan amirul merupakan anak bongsu keluarga tersebut .amirul sangat rapat dengan kakaknya suzi kerana umur mereka hanya selang setahun .kejadian tersebut berlaku tepat pada hari lahir suzi yang ke-24.suzi merupakan seorang yang sangat cantik dan digilai ramai orang . kecantikannya itu diwarisi oleh ibunya yang berketurunan cina thai.setelah tamat belajar dan mendapat ijazah,suzi mendapat tawaran bekerja di syarikat terkenal milik pelabur luar negara di pulau pinang.oleh itu dia pun berpindah ke butterworth, pulau pinang bersama rakannya .

Kejadian pada malam tersebut bermula apabila bas yang dinaiki suzi terbabas dan melanggar bahu jalan lalu masuk ke dalam gaung akibat mengelak dari sebuah kereta dari arah bertentangan.kemalangan tersebut telah meragut 40 nyawa iaitu semua pemandu dan penumpang termasuk suzi.tujuan sebenar suzi pulang ke kampung adalah untuk memberitahu keluarganya bahawa dia telah dinaikkan pangkat dan bakal dihantar ke syarikat di luar negara iaitu australia .suzi memang seorang yang bijak,oleh sebab itu abang abangnya sanggup tangguh untuk menyambung pelajaran demi memberi laluan kepada suzi.

Namun tidak disangka sangka malam yang penuh dengan berita gembira telah bertukar menjadi malam yang sepi .suzi akhirnya pergi pada tarikh lahirnya sendiri.namun berbalik semula pada cerita .badrol bertemu amirul untuk menceritakan tentang mimpinya dan mimpi anaknya yang aneh tersebut.alangkah terkejutnya badrol apabila amirul memberitahu bahawa dia juga mendapat mimpi yang sama sudah hampir 5 hari berturut turut.badrol mula rasa tak sedap hati.dia bertemu dengan penghulu kampung dan membuat keputusan untuk menggali semula kubur adiknya suzi.namun keputusannya disangkal banyak kali oleh penghulu kampung kerana proses gali semula bukannya mudah .perlukan banyak maklumat serta keizinan pihak polis .leceh kata penghulu kampung .dia meminta badrol untuk memikirkan semula keputusannya itu.

Badrol tetap berdegil dengan keputusannya untuk menggali semula kubur tersebut.oleh itu pelbagai usaha dan kebenaran pelbagai pihak telah diminta untuk proses gali semula.setelah 3 minggu berusaha akhirnya dia mendapat kebenaran gali semula atas alasan ingin mengenal pasti jenazah tersebut ialah jenazah suzi.alasan tersebut diterima dan dikira relevan kerana semasa kemalangan bas tersebut berlaku kebanyakan mayat tercampak keluar dari bas .ada pula yang cedera parah sehingga tidak dapat mengesan rupa wajah.

Sebenarnya semasa kejadian itu berlaku ,badrol sendiri yang pergi ke hospital untuk menurunkan tandatangan bagi mengesahkan mayat tersebut adalah suzi.tapi dia tetap tidak peduli walaupun dia sudah tahu itu memang jenazah adiknya namun dia tetap perlu cari alasan untuk gali semula kubur tersebut..tujuan sebenar badrol adalah untuk memastikan benarkah suzi telah terbakar rentung di dalam kubur seperti yang berlaku di dalam mimpinya ,adam dan amirul.itu sahaja.

Hari yang ditetapkan telah tiba, proses gali semula pun berlangsung disaksikan oleh pihak polis ,penghulu kampung,ahli keluarga serta penduduk kampung .alangkah terkejut dan malunya ahli keluarga apabila melihat mayat suzi telah rentung dan hangus berwarna hitam sedangkan jenazahnya baru sebulan dikebumikan.walaupun jenazahnya rentung ,tetapi sifatnya masih cukup dan anggota badannya juga masih cukup walaupun kelihatan luka berlubang dan berulat.oleh itu cap jari jenazah telah diambil oleh pihak polis bagi mengesahkan identiti suzi serta sebagai bahan bukti proses gali semula untuk diletakkan dalam laporan.

Kini seluruh ahli keluarga perlu menanggung malu dan aib kerana seluruh kampung sudah tahu yang jenazah suzi rentung.manakala badrol pula masih tidak tenang dan rasa ingin tahu apakah azab yang menimpa adiknya suzi.sedangkan semasa hayatnya suzi seorang yang sopan santun ,menutup aurat,bertudung labuh dan sentiasa berbaju kurung kemana sahaja.rasa ingin tahu yang tinggi telah menyebabkan badrol pergi ke pulau pinang untuk bertemu rakan suzi iaitu sofea.badrol ingin menuntut penjelasan mengenai apakah amalan harian suzi semasa menetap di sana sehingga dia diazab begitu sekali di dalam kubur.

Ketika bertemu sofea , badrul semakin terkejut apabila mendengar cerita yang seakan akan tidak masuk dek akal..masakan adiknya yang di didik begitu sopan dan alim boleh berubah sekelip mata setelah berjauhan dari keluarga.menurut sofea ,semasa bekerja di syarikat asing di pulau pinang tersebut,suzi telah berkenalan dengan seorang mat salleh bernama hemingson.hemingson merupakan seorang jurutera di syarikat tersebut dan dibawa masuk menggunakan pas buruh asing untuk bekerja di malaysia.

Atas dasar cinta ,suzi sanggup menuruti semua kemahuan hemingson demi mempertahankan hubungan mereka.sofea menyatakan ketika mereka bekerja bersama sama dia tidak pernah sekali pun melihat suzi memakai tudung apatah lagi berbaju kurung seperti yang dinyatakan abangnya badrol . sejak bertemu hemingson, suzi sudah biasa memakai pakaian ketat,seksi dan skirt diatas peha.sofea juga mengakui bahawa suzi telah bertukar agama kepada agama kristian dan menukar namanya menjadi sazzy.sazzy pernah terlanjur beberapa kali bersama hemingson sebelum mereka berkahwin.sofea sendiri menjadi saksi perkahwinan sazzy dan hemingson yang diadakan di gereja katolik.

Sebenarnya tujuan suzi pulang ke kampung untuk memberitahu bahawa dia mendapat tawaran bekerja di syarikat luar negara di australia adalah tidak benar sama sekali..sazzy memberi alasan tersebut supaya dia dapat menetap di australia bersama hemingson.tidak hairanlah jika suzi telah menolak rombongan meminang ramai jejaka di kampung sebelum ini.rupa rupanya dia telah berkahwin...badrol terdiam seribu bahasa ,dia berasa kesal atas apa yang berlaku .dia juga hampir menyalahkan sofea kerana tergamak membiarkan suzi membuat pilihan untuk murtad.

Sofea berada dalam keadaan serba salah.ditelan mati emak,diluah mati bapa.sudah berbuih mulut sofea menasihati suzi namun tetap dibantah.sofea juga hampir terpengaruh untuk menjejaki langkah suzi bertukar agama dan berkahwin dengan kawan hemingson iaitu mark.mujur walaupun imannya goyah ketika itu ,dia masih memilih untuk mempertahankan agamanya.suzi juga pernah mengugut sofea untuk putus persahabatan sekiranya sofea memberitahu hal ini kepada keluarganya.semuanya dilakukan demi hemingson.sofea tiada pilihan lain selain berdoa kepada Allah agar membuka pintu hati suzi untuk kembali ke jalan yang benar.

Mendengar penjelasan sofea membuatkan badrol terpaksa akur dengan perkara yang telah terjadi .setelah pulang ke kampung, badrol tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa pun termasuk orang tuanya kerana risau akan keadaan kesihatan mereka.namun dia hanya menceritakannya kepada amirul sahaja.amirul tertanya tanya adakah kubur suzi perlu digali semula dan dialihkan ke kawasan perkuburan bukan islam.tetapi badrol menyifatkan biarlah perkara itu diantara suzi dan tuhan sahaja yang tahu.lagipun tanam dimana mana pun sama sahaja............wallahualam.

Sekian sahaja cerita dari segmen syasyasyeram🌹 kalau korang suka dengan cerita syasyeram dont forget to drop your comment on the comment section below and do follow my ig account Tie_s.y.a.korang dipersilakan untuk suggest atau request cerita apa yang korang nak syasya🌹 buat lepasni.😜

Sekian ,salam sayang dari syasyaknow🌹.blogspot.com. Semoga kita jumpa lagi dalam next post okeyh😝.dah dah latu move on la dari cerita seram iktibar tu..ok pergi tidur sana.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

syasyaknow🌹: 🌿review minyak zaitun safi dan kelebihan/manfaatnya🌿